Program Yang Akan Dilancarkan

Revolusi Mental

Satu program latihan mental yang berupaya mengubah pandangan usahawan takaful terhadap kerjaya ini. Di dalam program ini Usahawan Takaful akan dilatih dan di bimbing bagaimana untuk membudayakan budaya niaga dikalangan mereka semua.

Fikir fikirkan!!! Adalah menjadi perkara biasa bagi orang orang Cina berniaga dan menjadi perkara luar biasa bagi mereka jika mereka bekerja makan gaji dan adalah menjadi perkara biasa bagi orang orang Melayu bekerja makan gaji dan menjadi perkara luar biasa jika mereka bercita cita menjadi peniaga…?

Sebenarnya inilah faktor yang mempengaruhi, keberanian, kesungguhan dan penglibatan anak anak remaja Melayu terlibat didalam perniagaan. Ada sesetengahnya menjadikan modal sebagai alasan kenapa mereka tidak berniaga? Ada bermacam macam perniagaan yang tidak memerlukan modal yang tinggi antaranya adalah perniagaan takaful keluarga…Tapi, kenapa perniagaan ini tidak diminati, Jawapannya kerana ia tidak glamour!!!. Apa guna bisnes besar kalau untungnya kecil sedangkan yang besar adalah hutangnya bukan untungnya?

Memprospek. Cari idea untuk cari makan

Cari idea untuk cari makan adalah satu program untuk usahawan usahawan baru. Di dalam program ini. Penekanan akan diberikan terhadap kepentingan aktiviti memprospek. Tanpa aktiviti memprospek yang berkualiti dan berkekalan sudah pasti perniagaan takaful keluarga anda tidak akan kekal lama. Program ini juga akan mendedahkan perbezaan membuka kes dan menutup kes

Kegagalan seseorang usahawan takaful keluarga banyak dipengaruhi oleh kegagalan mereka untuk mendapat bahan mentah (Prospek ) untuk diproses menjadi barang siap atau finish goods ataupun dengan bahasa yang mudah adalah menjadi seorang peserta takaful anda.

Setiap Pengurus Agensi Kumpulan, Pengurus Agensi atau pun seorang Usahawan Takaful perlu menerima hakikat. Jika tidak ada bahan mentah maka tidak akan ada barang siap. Penekanan terhadap aktiviti memprospek perlulah diberi keutamaan kepada semua Usahawan Takaful yang baru.

Perniagaan Takaful:                                          “Pelaburan Minima, Keuntungan Maksima”

Satu program asas di dalam kerjaya takaful. Penekanan akan diberikan terhadap masa depan seorang Usahawan Takaful. Bagaiman anda boleh menjadikan kerjaya ini satu kerjaya yang di hormati. Sebenarnya kerjaya ini boleh menjamin masa depan anda tanpa anda sedari.

Program ini amat sesuai kepada semua Usahawan Takaful yang bercita cita untuk menjadi Pengurus Agensi. Untuk menjadi Pengurus Agensi mereka perlu tahu bagaiman untuk merekrut usahawan usahawan baru, apakah kaedah untuk merekrut, bagaimana, bila dan dimana?

 Kepada Ketua Agensi. Ingat perkara ini

“Jangan melihat kepada berapa ramai orang yang telah anda lantik menjadi Usahawan Takaful. Tetapi, lihatlah berapa ramai yang telah anda lantik telah berjaya menjadi seperti anda?”

Petua Petua Kejayaan Dari Mereka Yang Telah Berjaya:                                                                    Lakarkan Pelan Pendapatan Anda

Menjalankan perniagaan Takaful adalah mudah, jika anda tahu dan memahami selok belok perniagaan ini. Anda boleh menetapkan berapa banyak yang anda mahukan pada setiap bulan dan tahun? Anda perlu tahu dimana anda berada sekarang? kemana anda mahu pergi? bila boleh mencapainya? Jika anda tahu, sudah pasti anda tidak akan tersesat didalam perniagaan ini.

Anda perlu tahu, Jika anda mahukan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 sebulan pada bulan ke 6 anda menjadi usahawan takaful. Berapa bilangan kes kah yang perlu anda cari untuk mendapat pendapatan sebanyak itu?

Jawapannya adalah seperti berikut:-

RM100 ( 1 Kes ) X 86 Kes: Anda akan mendapat RM3,000 sebulan pada bulan ke 6 nanti. Bermakna anda perlu mencari 1 bulan 15 kes sahaja bersamaan 1 minggu 4 kes. Adakah itu perkara mustahil didalam hidup anda??? Saya benar benar yakin tidak. Anda mampu sebenarnya…

Untuk mendapat kes, sudah pasti anda perlu mempunyai prospek ( Bakal bakal peserta ) Masalah utama para usahan takaful adalah mereka tidak memiliki sistem memprospek yang bersistematik. Untuk berjaya dan kekal bersaing anda sebenarnya perlu memiliki sistem memprospek yang bersistematik dan TERKINI!!!

Dimana anda ingin mendapatkan prospek? Di Malaysia, jika anda lambungkan batu diudara pasti bila ianya jatuh akan tersangkut dikepala manusia. Ini bermakna anda berada dikelilingi oleh manusia bukan berada didalam hutan. Mana mungkin anda tidak pernah berjumpa dengan manusia? Jika berjuma, itulah prospek anda…Jangan lupa, ambil no kontak dan senaraikan didalam buku prospek anda. Lagi banyak prospek anda, lagi POWERRR!!! bisnes anda

Pantang Larang Untuk Berjaya

Jangan terlalu bergantung kepada Pengurus Agensi anda!!! Anda sebagai seorang usahawan takaful perlulah mempunyai kredibiliti untuk membangunkan perniagaan anda tanpa TERLALU mengharap kepada bantuan sesiapa. Anda bukan bekerja makan gaji!!! Anda sebenarnya peniaga. Kenapa terlalu mengharap kepada orang lain untuk membangunkan perniagaan anda? Anda yang bertanggungjawab untuk mambangunkan perniagaan anda bukan Pengurus Agensi anda atau pun Pengurus Agensi Kumpulan anda! Jatuh bangun bisnas anda bergatung secara TOTAL kepada keupayaan anda. Orang lain hanya mampu memberi sokongan dan dorongan sahaja

“Tiada manusia yang berjaya didalam semua yang dilakukanya dan kewujudan kita sebenarnya perlu menempuh kegagalan. Yang penting, kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha anda hingga ke akhir hayat”

Program Jutawan Takaful

Betul Betul Powerrr!!!