Kenali Saya

Azizam Saidina Othman
Azizam Saidina Othman merupakan Pengurus Agensi Kumpulan di Etiqa Takaful Berhad. Beliau menyertai industri insuran dan takaful pada awal tahun 90an dengan menjadi wakil di syarikat Sime AXA Assurance Berhad
Pada tahun 1997 beliau telah menyertai industri takaful dengan mewakili MNI Takaful Sdn Bhd
Pada tahun 1999 beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Unit dan pada tahun 2003 sekali lagi beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pengurus Agensi Kumpulan
Sehingga kini beliau telah berjaya mengekalkan kedudukan beliau sebagai Pengurus Agensi Kumpulan secara konsisten dengan memengangi beberapa anugerah dari syarikat. antaranya:-
- Anugerah Khas Presiden-Penerima pertama
- Anugerah Pengurus Unit Terbaik-Zon utara dan Malaysia
- Anugerah Pengurus Agensi Terbaik-Zon utara dan Malaysia
- Anugerah pengurus Agensi Kumpulan terbaik-Zon utara dan Malaysia
- Anugerah Agensi Jutaan Ringgit
Beliau berjaya mengekalkan kedudukan TOP 5 sebagai Pengurus Agensi, Pengurus Agensi Kumpulan sejak mula hingga kini.
Beliau juga telah melahirkan beberapa individu yang mempunyai pendapatan bulanan melebihi RM10,000.00 sebulan
Pengalaman dan kejayaan beliau ini sepatutnya dikongsi oleh anda semua bagaimana untuk terus kekal dan bertahan didalam arus industri yang serba mencabar ini dan berliau bercita cita untuk membuka pejabat agensi di seluruh Malaysia selewat lewatnya pada tahun 2018
Sasaran untuk membuka 24 buah pejabat agensi Etiqa Takaful Berhad di seluruh Malaysia pada tahun 2018
Sehingga kini beliau telah berjaya membuka 7 buah pejabat agensi di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Pejabat agensi beliau beroperasi di Kangar, Alor Star, Jitra, Sungai Petani, Kulim, Seberang Jaya dan Pulau Pinang
InsyaAllah pada tahun ini 2010. Beliau akan membuka lagi 3 buah pejabat agensi di negeri Perak iaitu di Ipoh, Taiping dan Tanjung Malim
Pada tahun 2011 beliau bercita cita untuk menembusi pasaran Lembah Klang dengan membuka 3 buah pejabat agensi di Kuala Lumpur dan Selangor.