Pengenalan

success

Buat pertama kalinya..

Azizam Saidina Othman - Pengendali:         Program Jutawan Takaful

akan mendedahkan..

7 Formula Rahsia Untuk Berjaya Di Dalam Perniagaan Takaful Keluarga di Malaysia

Didalam seminar motivasi yang akan dianjurkan oleh beliau.

Untuk menjadi yang terbaik tidaklah sesukar yang disangkakan oleh kebanyakan orang dan untuk mengekalkan kedudukan terbaik bukanlah sesusah yang sedang anda fikirkan. Jika anda tahu dan mahu serta sanggup untuk berubah. Anda pasti boleh berjaya

Justeru itu. Beliau telah merangka beberapa siri motivasi yang boleh membantu usahawan takaful keluarga agar dapat bertahan di dalam kedudukan sekarang untuk tempoh masa yang lebih panjang

“Kalau kita tidak boleh ubah orang lain, ubahlah diri kita sendiri dahulu” Fikir fikirkan…

Adakah anda seorang Pengurus Agensi yang baik?

Tugas menjalankan jualan adalah tugas sampingan bagi seorang Pengurus Agensi. Manakala, tugas utamanya ialah merancang, mengurus, mengagih dan mengawal selia seluruh tenaga agensi yang bernaung di bawah agensi beliau. Selain dari itu, seorang Pengurus Agensi itu perlu mempunyai kemahiran untuk melatih, memberi motivasi dan memberi kaunseling serta memiliki kreativiti bagi menjadikan jualan adalah suatu aktiviti yang sentiasa nampak menarik

”Seseorang Pengurus Agensi adalah gabungan jurulatih, pembangun sumber manusia dan pemimpin yang boleh mencapai matlamat. Untuk mempertingkatkan semangat para wakil, anda perlu memaklumkan bahawa mereka adalah orang yang sangat penting untuk menjayakan objektif jualan agensi anda. Anda haruslah mendemontrasikan suatu arah halatuju yang jelas dan berbunyi demikian ” Jika anda jurujual yang baik, anda boleh menjual apa sahaja. Hatta seketul batu pun boleh dipandang menjadi seketul emas. Kerja ini boleh dilakukan, rintangan ini boleh kita atasi dan kita akan lakukan apa sahaja untuk menjayakannya”.

Sebagai seorang Pengurus Agensi. Anda perlu mempertingkatkan tenaga agensi dan taraf motivasinya dengan menumpukan pada kekuatan tetapi bukan pada kelemahan para usahawan yang bernaung dibawah agensi anda. Anda perlu mempunyai bakat kepimpinan dan kecekapan untuk meyakinkan para usahawan anda terhadap kebolehan mereka. Jika anda mahukan anak buah anda menjadi lebih produktif. Anda mesti mewujudkan suasana bekerja yang menyeronokan. Adakah suasana kerja di tempat anda menarik? Anda perlu ingat bahawa keseluruhannya bergantung kepada keupayaan anda memberi ruang kepada mereka untuk memajukan diri mereka

Sanggup atau tidak anda memberi peruntukkan untuk membangunkan aset yang paling bernilai di dalam kerjaya anda, iaitu usahawan usahawan takaful keluarga anda?

Apakah caranya?

  • Dengan memberi sokongan, tetapi bukan dengan bantahan negatif
  • Dengan memuji, tetapi bukan menghina
  • Dengan memberi teguran terhadap kelakuan, tetapi bukan terhadap orang tersebut
  • Dengan menyamakan taraf dengan semua orang ( Tiada diskriminasi )
  • Dengan memperkukuhkan kekuatan seseorang
  • Dengan memupuk sikap bekerjasama di kalangan tenaga agensi

“Orang yang melakukan kesilapan dan ia tidak mahu membetulkannya sebenarnya telah melakukan satu kesilapan lagi” Fikir fikirkan…

Ingat!!!

Hanya disini anda akan mengetahui 7 Formula Luar Biasa untuk berjaya di dalam industri takaful di Malaysia


Program Jutawan Takaful

Program Jutawan Takaful adalah satu program motivasi untuk usahawan takaful keluarga. Tidak kira anda merupakan seorang wakil atau seorang ketua agensi. Anda berhak untuk mengikuti seminar tersebut. Program ini dibahagikan kepada 2 bahagian. bahagian pertama adalah untuk ketua ketua agensi yang baru di naikkan pangkat dan bahagian ke 2 pula adalah untuk usahawan usahawan takaful yang bercita cita untuk berjaya di dalam perniagaan ini

Untuk Ketua Agensi

Antara topik yang akan dibincangkan

  • Bagaimana mengurus agensi secara lebih efektif
  • Pengenalan kepada sistem pengurusan wakil dan pejabat agensi
  • Pengenalan dan teknik mengira FYCC / FYAC / RCC
  • Bagaimana teknik merekrut dengan lebih berkesan tanpa modal yang tinggi

Untuk Wakil Takaful Keluarga

Antara topik yang akan dibincangkan

  • Bagaimana untuk menjadi usahawan takaful keluarga yang terbaik
  • Menerapkan budaya niaga dikalangan usahawan Takaful Keluarga
  • Merancang masa untuk menjadi Pengurus Agensi
  • Bagaimana cara mencipta nama di dalam pasaran Takaful di Malaysia
  • Pendedahan 7 formula luar biasa hebat untuk menjadi usahawan terbilang

Pendaftaran Program Jutawan Takaful masih lagi di buka. Sila daftarkan diri anda melalui borang yang disediakan dibawah ini dan sertakan bayaran sebanyak RM250.00 seorang kepada urusetia penganjur untuk yuran kursus. Pihak penganjur akan menyediakan makanan dan minuman serta dokumen seminar kepada anda semua secara percuma.

Mulai Januari 2009 setiap peserta yang mendaftarkan diri mereka dan hadir akan menerima sijil penyertaan Program Jutawan Takaful.

Jadual: Program Jutawan Takaful

Tempat

Tarikh

Hari

Masa / Petang

Kekosongan

Alor Star

Hotel Seri Malaysia

12/03/2011

Sabtu

02.30 - 06.30

50 tempat

Kangar

Hotel Putra Palace

14/05/2011

Sabtu

02.30 - 06.30

50 tempat

Sungai Petani

Hotel Emerald Puteri

16/07/2011

Sabtu

02.30 - 06.30

50 tempat

Pulau Pinang

Hotel Seri Malaysia Bayan Lepas

10/09/2011

Sabtu

02.30 - 06.30

50 tempat

Seberang Jaya

Hotel Sunway

19/12/2011

Sabtu

02.30 - 06.30

50 tempat

“Berusaha sehingga berjaya. Bukan selagi terdaya”

Renungan buat semua usahawan Etiqa Takaful Berhad

 

“Jika kita satukan, kekuatan yang kita miliki dengan kelebihan yang eTiQa ada. Bukan sahaja kita mampu menggegar Malaysia. Kita juga mampu menggoncang dunia”

 

 

 

 

 

 

 

” Penuhkan fikiran anda dengan perkara positif, Jika tidak. Fikiran anda akan penuh dengan perkara negatif “